Rabu, 30 Jun 2010

Angkara vandalisme
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN: Flet Bijangga di Jalan Bijangga, di sini, dibina bertujuan menyediakan tempat tinggal untuk keluarga kurang berkemampuan, bagaimanapun, entah apa silapnya, sebahagian rumah pangsa itu kini mengalami kerosakan teruk akibat vandalisme dan terbiar tanpa boleh dimanfaatkan.


Khamis, 27 Mei 2010

Orang ramai lega benteng guni berpasir dibina

Benteng guni berpasir menyelamat satu kilometer jalan yang hampir roboh dihakis ombak

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

SURA: Orang ramai lega dengan kerja pembinaan benteng oleh Jabatan Parit dan Saliran di pesisir Pantai Teluk Lipat sepanjang satu kilometer bermula dari hadapan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah sehingga simpang ke Sekolah IMTIAZ setelah sebahagian bahu jalan sepanjang satu kilometer di kawasan itu roboh dihakis ombak.

Tinjauan Edisi Timur mendapati kerja-kerja membenteng dengan guni berpasir di kawasan itu yang mengalami hakisan teruk di musim tengkujuh 2009 bermula awal Mei lalu dan dijangka siap pertengahan Jun nanti.

Edisi Timur sebelum ini menyiarkan rungutan orang ramai yang meminta pihak JPS mengambil tindakan segera menambah benteng ombak bagi menyelamat bahu jalan sepanjang 1 kilometer bermula dari hadapan Taman Selera hingga ke Simpang IMTIAZ yang terhakis teruk dan pokok rhu yang membarisi sepanjang pantai daripada tumbang.

Akibat hakisan yang berterusan sebahagian bahu jalan roboh yang turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal.

Selasa, 6 April 2010

Berita DUN Sura




 63 kakitangan UiTM Cawangan Dungun menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:               Seramai 63 kakitangan UiTM Cawangan Dungun menerima anugerah di atas kecemerlangan tugas sepanjang 2008 yang diadakan di satu majlis penganugerah di Dewan Aspirasi UiTM Cawangan Dungun baru-baru ini.
                Di majlis yang dihadiri Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron sebagai mewakili Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah tersebut, UiTM Cawangan Dungun turut merai 11 kakitangan yang dianugerahkan Anugerah Khidmat Setia dan 5 orang penerima Anugerah Bersara pilihan.
                Pengarah Kampus, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud yang ditemui di majlis tersebut berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menjadi pemangkin semangat untuk semua warga kerja UiTM Cawangan Dungun memberi perkhidmatan terbaik dan bersaing secara sihat yang juga memberi cabaran, harapan serta keupayaan untuk sentiasa berada di hadapan bukan sahaja sebagai peneraju pembaharuan tetapi juga sebagai penggerak bagi memastikan perubahan sebagaimana yang dicitakan UiTM.
                “Semoga penganugerahan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan kecemerlangn yang ditunjukkan akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
                Beliau juga turut menyarankan warga UiTM Cawangan Dungun bersama-sama mengukuhkan permuafakatan, memperbaiki kelemahan dan kekurangan masa lalu dan meningkatkan kekuatan dan kelebihan agar ahun-tahun mendatang dapat menjanjikan kejayaan masa depan yang lebih cemerlang buat UiTM Cawangan Dungun dan UiTM amnya.
                Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008, Azemi Che Hamid, seorang pensyarah kanan yang juga dilantik sebagai  Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri UiTM Cawangan Dungun bermula February 2009 berkata, anugerah yang diterima menjadi pendorong kepada beliau untuk terus berusaha dengan lebih gigih kerah membentuk budaya kerja yang cemerlang dan berkualiti di masa akan datang.
                Roszainora Dato’ Setia, Koordinator UiTM Cawangan Dungun yang berkhidmat selama 13 tahun di kampus tersebut berkata, penerimaan anugerah sebegeni dapat mendorong warga universiti untuk terus berusaha dan bersaing dalam suasana yang sihat dalam menawarkan perkhidmtan yang terbaik dlam apa jua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
                Manakala Rafiah Harun seorang pembantu tadbir yang menerima Anugerah Khiddmat Setia 30 Tahun berkata, ini adalah anugerah Khidmat Setia yang kedua diterima sepanjang berkhidmat di UiTM Cawangan Dungun. Dengan usia perkhidmatan yang mencecah 30 tahun beliau beriltizam untuk terus berkhidmat dengan terus cemerlang bagi menghasilkan kualiti terbaik.
                Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah di dalam teks ucapannnya yang dibacakan Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron berkata, tahun 2008 merupakan tahun gemilang UiTM setelah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) yang merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada sector awam dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
                Beliau berharap anugerah AKPM yang diterima itu menjadi pendorong kepada UiTM untuk terus menyokong aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah university yang diiktiraf oleh dunia.
                Katanya untuk benar-benar menjadi sebuah university bertaraf dunia dan diiktiraf, kejujuran an tanggungjawab sepenuhnya adalah amat penting.
                “Kita perlu mengorak langkah yang lebih intensifkhususnya dalam memperhebtkan misi memartabatka keilmuan an kepakaran melayu/bumiputera dalam semua bidang professional melalui penyampaian program, penyelidikan dan khidmat masyarakat.
                Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan Pusat Kecemerlangan Akademi (PKA) yang menjadi Juara Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik (KAPT) baru-baru ini.

Sambutan Bulan Kualiti (Bulan Q) Universiti Teknologi Mara Terenggan UiTMT meriah dengan pelbagai program.
          Ke arah memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam organisasi, UiTMT Cawangan Dungun mengatur pelbagai program sepanjang sambutan Bulan Q bermula 15 Disember hingga 16 January ini dengan tema “Pembangunan Lestari: Pelanggan Didahulukan Kualiti Diutamakan
            Naib Canselor UiTM Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah di dalam teks ucapannya yng dibacakan Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron berkata, bulan kualiti merupakan satu lambang yang menunjukkan komitmen UiTMT dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan.
            “Apatah lagi dalam keadaan persekitaran yang mencabar sekarang ini, kita mesti berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tertentu bagi meningkatkan lagi kualiti kerjamasing-masing.
            Beliau percaya sekiranya semua warga UiTM mempunyai sikap untuk bekerja dengan tekun dan beriltizam tinggi, pengiktirafan UiTM sebagai Universiti Penyelidikan dnseterusnya sebagai sebuah Universiti Bertaraf dunia akan tercapai.
            Pengarah UiTMT Kampus Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmd, berkata sambutan Bulan Kualiti merupakan suatu acara bagi mewujudan semangat kerjasama di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan warga kera UiTMT.
            “Kejayaan sesebuah institusi pendidikan banyak bergantung kepada keupayaan sumber manusia yang dinamik, kejayaan menghasilkan inovasi, mencernakan dapatan dan penyelidikan yang bermutu, meningkatkan produktiviti kepada institusi, masyarakat dan negara.
            “Budaya kerja cemerlang adalah peringatan kepada kita semua segera menyedari bahawa terdapat peraturan yang perlu dipauhi bagi menmin perkhidmtan yang efektif, efisyen, adil dan berintegriti.
            Pada majlis yang diadakan di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu Cawangan Dungun itu Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Shireen Haron yang mewakili Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah turut menyampaikan hadiah kepada Pusat Kecemerlangan Akademi (PKA) sebagai meraikan kemenangan PKA yang menjadi Juara Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik (KAPT) yang dipertandingkan baru-baru ini.
            Sementara itu sebagai Pengarah Kampus, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud berbangga dengan pencapaian akedemik UiTMT yang sekaligus memenangi Anugerah Khas Penilai di dalam (Kategori Pameran), Inisiatif Terbaik (Kategori Pojek) dan Persembahan Berkoordinasi Terbaik (Kategori Persembahan) dalam konvensyen tersebut.
            Beliau berharap sambutan Bulan Kulaiti 2009 ini mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan warga UiTMT agar terus menegkalkan kecemerlangan dan seterusnya mampu mendokong hasrat UiTM menjadi sebuah Universiti Penyelidikan dn Universiti Bertaraf Dunia.
            Menurut beliau lagi, sambutan program kualiti pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun yang lepas hanya diadakan seminggu sahaja dan pelbagai program dianjurkan sepanjang Bulan Kualiti ini seperti Quiz Maya, Seari Kembara, Jom Landskap, Q-Thon, Program Kecerian, Forum, Ekspo, Program Selangkah ke UiTM, Pertandingan Sajak n diakhiri dengan Hari Keluarga UiTMT.
            “Dengan program yang dianjurkan ini, ianya dapat mewujudkan budaya easing secara sihat di samping peningkatan kualiti dari aspek jasmani,emosi dan intelektual sertamengeratkan hubungan silturrahim antara semua warga UiTMT.
            Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri UiTMT, Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid berkata, aspek kualiti tidak dapat dipisahan dengan inovasi dan penyelidikan, justeru itu UiTMT akan menganjurkan persidangan akademik antarabangsa khas bersempena Buan Kualiti 2009 pada 21 Disember hingga 23 Disember ini bertempat di Concorde Shah Alam.
            Di dalam Persidangan Antarabangsa Inovasi di Dalam Pengajaran dan Pengurusan Pendidikan Tinggi (ICITM ’09) ini, lebih 50 peratus pakar-pakar dan penyelidik-penyelidik-yang membentang kerts kerja di persidangan ini terdiri daripada penyelidik luar negara iaitu dari Spain, Ireland, India dan lain-lain negara.
          Wan Anuar Wan Hamat, pensyarah bahasa pula berpendapat program Sehari Kembara Kualiti dan Pertandingan Q-Thon yang turut melibatkan waraga UiTM Terengganu dari 3 kampus iaitu Kampus dungun, Bukit Besi dan Chendering yang diadakan berbentuk “explorace” amat bermanfat dalam memupuk semangat kerja berpasukan, memupuk persefahaman dan bersaing secara sihat di kalangan peserta dan sekaligus akan membantu kualiti kerja warga UiTMT sendiri.
            “Selain itu program-program yang dianjurkan sepanjang Bulan Kualiti 2009 ini jug memberi peluang untuk mengeratkan lagi hubungan antara penuntut dan warga kerja terutamanya penuntut – penuntut baru yang mula mendaftar pada pertengahan Disember ini” kata beliau yang turut berharap program yang melibatkan warga kampus tanpa mengira bahagian dan unit ini akan dpat diteruskan untuktahun-tahun akan datang

Pokok menunggu rebah, hakisan sudah hampir ke bahu jalan di Pantai Teluk Lipat
Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:               Setiap kali musim bah, setiap kali pantai berubah mungkin begitulah perumpamaan yang boleh diungkapkan dengan keadaan yang berlaku kepada Pantai Teluk Lipat disini namun kedatangan bah baru-baru ini membawa musibah yang besar hingga hakisan sudah  sampai  ke  bahu jalan di  beberapa tempat  di pantai tersebut.
                Tinjauan  Edisi  Timur di  kawasan  pantai  berkenaan  mendapati kawasan  pantai  bermula dari kawasan pantai  berdekatan  Rumah  Kediaman  Rasmi Pegawai daerah  Dungun hingga  ke  simpang  Sekolah  IM TIAZ  rosak  teruk  dihakis  ombak  berikutan banjir yang melanda baru-baru  ini. Manakala  kawasan  pantai  sepanjang  1  kilometer yang mempunyai benteng dibina  pihak  JPS  terselamat daripada  mengalami  masalah hakisan.
                Pokok-pokok di tepi jalan  dari kawasan pantai  berdekatan  Rumah  Kediaman  Rasmi Pegawai daerah  Dungun hingga  ke  simpang  Sekolah  IMTIAZ hanya menunggu masa untuk tumbang setelah sebahagian besar tanah yang menyokong akar pokok, sudah tiada dihakis ombak.. Apa yang lebih membimbangkan, jarak jalan dengan tanah yang runtuh di beberapa tempat hanya tinggal lebih kurang hanya satu kaki sahaja lagi.
                Seorang peniaga yang mempunyai kedai makan di kawasan berkenaan, Mohammad  Mat Yaakub  40, berkata beliau hairan dengan sikap pihak bertanggungjawab yang terus membiarkan sebahagian kawasan terus tidak  berbenteng hingga hakisan sudah hampir dengan bahu jalan.
                Keadaan ini membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya kepada penunggang motorsikal yang seringkali  terpaksa memandu di bahu jalan kerana jalan di sini agak sibuk pada petang hari dan hari minggu.
                “Saya seringkali melihat pemandu motorsikal hampir-hampir terjatuh di simpang berdekatan  IMTIAZ kerana pemandu motorsikal terpaksa ke sisi jalan yang sebahagiannya sudah roboh setiap kali ada kereta yang berhenti di tengah jalan untuk ke kanan jalan.
                “Jka kawasan ini terus dibiarkan tidak berbenteng, jalan ini akan runtuh dan sudah tentulah perbelanjaan yang lebih besar terpaksa dilaburkan kerajaan untuk menambak semula kawasan yang sudah terhakis.
                Beliau yang sudah berpuluh tahun berniaga berampiran di kawasan itu bimbang jika benteng tidak dibina dengan segera, beberapa tempat di jalan tersebut akan roboh dan memaksa jalan tersebut ditutup yang akan menutup periuk nasi peniaga kedai makandi sini.
                “Sampai bilakah pihak berwajib ingin membiarkan hakisan terus berlaku sedangkan masalah hakisan di kawasan ini bukalah masa baru malah sudah bertahun-tahun lamanya, namun sehingga sekarang kawasan sepanjang 2 kilometer ini tidak berbenteng.
                Mohd Ali Hussin, 47, yang selalu berkunjung ke pantai ini bersama keluarga pula berpendapat,  benteng pemecah ombak  yang dibina menganjur ke laut untuk mengelakkan arus ombak kuat sampai ke pantai lebih berkesan dibina di kawasan ini berbanding  dengan pembinaan benteng di sepanjang pantai.
                Pembinaan benteng disepanjang pantai tidak dapat bertahan lama kerana ombak di kawasan ini besar dan tidak mustahil kejadian benteng pecah dipukul ombak sebagaimana yang berlaku pada tahun lepas akan berlaku lagi selepas ini.
                 Pada musim tengkujuh tahun lepas penduduk di sini digemparkan dengan kejadian benteng penghadang ombak di hadapan kedai makan MPD roboh dipukul ombak besar, benteng tersebut telah dibina namun hanya sepanjang 1 kilometer sahaja.
                Abdurrahman Talib, 37, seorang pengunjung di pantai berkenaan berkata, ekoran tiada pembangunan untuk mengekalkan keindahan pantai yang satu ketika dahulunya landai, kejadian hakisan telah menyebabkan beberapa  kawasan di pantai ini menjadi semakin curam dan merbahaya kepada pengunjung.
                ‘Tidak seharusnya, pihak bertanggungjawab menunggu jalan ini roboh,atau menunggu hingga pokok-pokok sebesar pemeluk tumbang menyembah bumi sebagaimana yang terjadi di Pantai Tok Jembal dan beberapa pantai lain di Terengganu,  barulah kerja pembinaan benteng pemecah ombak atau benteng penghadang hakisan ingin diperpanjangkan.
                “Tidak mustahil suatu hari nanti keindahan pantai di Terengganu yang pernah menjadi sebutan dan  warisan akan lenyap, setelah satu demi satu pantai di negeri ini hilang indahnya kerana tidak dipelihara,” katanya.
 

'komuniti policing’ kini menjadi platform dalam menyalurkan maklumat

Oleh    Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:               Program ‘komuniti policing’ kini menjadi platform dalam menyalurkan maklumat dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama membenteras jenayah.
                Shazili Salim, 21, berkata melalui program turun padang seperti ini  dapat memberi peluang kepada pihak polis mendekati golongan muda yang sekarang ini banyak terlibat di dalam aktiviti yang tidak sihat yang menjadi masalah besar kepada masyarakat
                “kesedaran di kalangan generasi muda akan memudahkan mereka untuk menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan tidak sihat terutamanya jenayah rempit, dan penyalah gunaan dadah yang semakin berleluasa.
                Pengurus Kopitiam Dungun,  Zaharah Zainuddin, 44, berkata beliau yang sentiasa mengambil peluang bersama-sama keluarga menyertai program ‘community policing’ anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berasa bangga kerana kali ini Kopitiam Dungun menjadi lokasi persinggahan Konvoi Bermotosikal untuk program community policing di sini.
                “Dengan membawa keluarga bersama-sama ke program community policing, ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk menjauhi aktiviti yang tidak sihat.
                Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, SAC II Hamzah Md Jamil yang ditemui semasa mengedar pemplet keselamatan pemanduan di Kopitiam Dungun yang menjadi lokasi persinggahan konvoi bermotosikal pada Isnin lalu.
                 Mengulas lanjut beliau berkata, konvoi bermotosikal seramai  21 pegawai kanan termasuk 3 pegawai kanan wanita tersebut adalah salah satu daripada program di dalam Kursus Asas Motorsikal Berat Khas untuk Pegawai Kanan yang bermula 1 Disember hingga 24 Disember ini.
                Di dalam kursus ini peserta membuat  perjalanan jarak jauh ke dearah-daerah di Terengganu  dengan disertai tenaga pengajar dari Maktab Teknik PDRM dan berhenti di beberapa lokasi di setiap daerah.
                “Selain bertujuan menasihati pengguna jalanraya dan dapat mengadakan program komuniti policing di tempat persinggahan sebagaimana program yang diadakan pada petang ini, pegawai terlibat dapat meningkatkan kecekapan pemanduan.
                Beliau berkata, kursus ini juga menjadi salah satu usaha pihak beliau yang kini serius dalam menangani  gejala Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi dikalangan golongan remaja.




kedai  alatan pengantin di pusat niaga sura gate  disamun

Dungun;               sebuah kedai menyewa alatan pengantin di pusat niaga sura gate di sini disamun dua orang lelaki perwatakan cina pada petang semalam dan kerugian dianggarkan bernilai RM 3000 termasuk 2 telefon bimbit, seutas gelang tangan, seutas jam tangan dan duit sebanyak RM 1000..
                Pekerja kedai yang berada ditingkat atas sebuah kedai emas dan bersebelahan dengan Pizza Hut Dungun tersebut, Musalmi Mohamad, 33, berkata pada petang kejadian dia yang berseorangran di kedai sedang menunggu seorang pelanggan yang berjanji akan datang pada jam 2.30 petang.
                Lebih kurang jam 2.00 petang beliau yang berada di dalam kedai didatangi seorang lelaki yang pernah berkunjung ke kedai beliau pada bulan lepas. Tanpa mengsyakki apa-apa, beliau membuka pintu kedai yang berkunci dari dalam.
                “Entah kenapa pada petang itu saya agak berani memberkan lelaki tersebut masuk walaupun berseorangan didalam kedai.
                “Mungkin juga oleh kerana lelaki tersebut pernah datang ke kedai saya sebulan yang lepas membuatkan saya menyangka lelaki tersebut tidak mempunyai niat jahat, katanya.
                Lelaki tersebut memberitahu dia berminat dengan pakej yang ditawarkan di kedai ini dan bercadang menyewa set pengantin untuk perkahwinan adik lelaki beliau yang akan diadakan di sebuah hotel.
                Selepas itu lelaki tersebut  memberitahu dia hendak menelefon adiknya yang berada di bawah dan  Sebentar kemudian seorang lelaki yang juga berpewatakan cina datang.
                “Dia membuat panggilan telefon dan berakap munggunakan bukan bahasa Melayu. Kalau bukan bahasa cina, bahasa myianmar macam tulah.
                Lelaki tersebut memberitahu bahawa sebelum ini dia telah pergi ke beberapa kedai membuat tinjauan untuk  menyewa set pengantin untuk adiknya itu sambil menunjukkan kepada saya gambar di dalam telefonnya yang kononnya gambar pakaian pengantin di sebuah kedai di Paka
                “Lelaki tersebut meminta untuk mencuba baju pengantin dan semasa saya membelakangkan mereka berdua, salah seorang daripada mereka mengacukan pisau di leher saya.
                “Dia berkata dia tidak akan apa-apakan saya ,dia hanya mahukan duit, oleh kerana ketakutan saya tidak boleh berbuat apa-apa selain membiarkan mereka mengikat kaki, tangan dan menutup mulut saya.
                Selepas menggeledah dan merampas barang kemas yang saya pakai, kedua lelaki tersebut meningglkan saya dengan kedaan mulut tertutup, tangan dan kaki terikat sehinggalah diselamatkan oleh pelanggan yang datang kemudian.

Kesal masjid dibina setahun bocor
Dungun: Sebuah masjid yang siap dibina baru setahun di Sura Jetty di sini, pernah heboh dikaitkan dengan isu nama dan telah mendapat kelulusan untuk sembahyang jumaat pada bulan lepas kini mengalami kebocoran yang serius
Tinjaun Edisi Timur di masjid berkenaan mendapati beberapa baldi dan besan diletak di ruangan tengah, sisi kanan belakang dan ruangan wanita namun karpet dan dinding di ruangan berkenaan tetap dibasahi air hujan.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Naim, Mohd Zaki Salleh, berkata masalah kebocoran bermula semenjak tiga bulan yang lepas, keadaan menjadi lebih serius apabila hujan turun dengan lebih-lebih lagi di musim banjir sebegini yang menyebabkan karpet dan dinding menjadi basah dan hapak.
“Apa yang lebih membimbangkan dinding berdekatan fius utama yang terletak di ruangan solat wanita turut basah, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa jika kebocoran di kawasan tersebut tidak dibaiki segera,” katanya yang turut kesal dengan sikap pihak kontraktor terbabit yang melengahkan kerja membaik pulih kebocoran walaupun beberapa kali aduan dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.
Beliau berkata bimbang dengan keselamatan ahli jemah kipas dan plug dinding di bahagian yang terlibat tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas namun begitu beliau bimbang dengan keselamatan ahli jemaah dari luar yang singgah bersembahyang di masjid berkenaan tidak perasan keadaan tersebut.
Muda Mat, 57, berkata bahagian sisi sebelah kanan masjid basah teruk hingga dua baldi air semalaman.
‘Dengan hujan yang lebat berterusan di musim tengkujuh sebegini, keselesaan ahli qarih masjid dan pengunjung luar yang sentiasa singgah bersembahyang turut terganggu.
Selain itu ruangan masjid yang bersetentang dengan kubah turut dibasahi hujan, terdapat beberapa besen dan baldi diletakkan ahli masjid untuk menakung air hujan.
Menurut beliau lagi keadaan lebih bermasalah bila tiba waktu solat jumaat dan agak memalukan apabila ahli jemaah yang singgah menunaikan solat jumaat mempersoalkan mengapa masjid yang baru, mengalami masalah sebegini rupa.
“Ahli jemaah yang bersolat di bahagian tersebut terpaksa dibasahi hujan dan yang lebih menyedih dan memalukan, kebanyakan mereka adalah orang luar yang yang singgah bersembahyang Jumaat di sini setelah menghantar anak ke sekolah IMTIAZ dan Uitm Cawangan Dungun di sini ataupun berkunjung ke bandar Dungun dan pantai Teluk Lipat yang hanya satu kilometer dari sini,” katanya.
Program "Bulan Madu Kali Kedua" YPK untuk pasangan yang sudah berkahwin 

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my

Dungun:           Menyedari kadar perceraian yang tinggi di kalangan pasangan yang usia perkahwinan 5 tahun kebawah YPK menganjurkan program khusus untuk golongan ini dengan menerapkan ilmu dan kemahiran pengukuhan institusi kekeluargaan.
            Menurut Penceramah program Pasca Perkahwinan Keluargaku Tersayang anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dari Syarikat. Impact Learning Resources Sdn. Bhd, Tuan Haji Ridzuan Mohd Sagir berkata di antara penyebab utama kadar perceraian tinggi dikalangan pasangan perkahwinan di bawah 5 tahun, pasangan gagal membuat perancangan kewangan yang baik dan kurang ilmu keibubapaan.
            “Kehidupan berumahtangga memerlukan pasangan mengenali diri dan potensi diri terlebih dahulu sebelum dapat menegenali diri pasangan masing-masing, tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana seseorang itu boleh mengenali diri orang lain,” kata beliau sambil mengatakan itu adalah perkara utama yang beliau tekankan setiap kali memberi ceramah kepada pasangan yang berkahwin.
            Aspek ketrampilan diri dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni amat penting terutama ketrampilan dalam mendidik anak-anak dan perlu difahami setiap ahli dalam sesebuah keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing yang harus difahami, peranan sebagai anak, peranan sebagai suami atau isteri dan juga peranan sebagai ibu atau bapa.
            “Secara umum ibu atau bapa mengetahui apa peranan mereka tetapi banyak berlaku ibu atau bapa gagal memainkan peranan untuk menyerlahkan kasih saying kepada ahli keluarga yang lain, ini menyebabkan hubungan kekeluargaan longgar dan boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam sesebuah keluarga.
            Dari sudut psikologi tingkah laku manusia turut dipengaruhi oleh faktor umur samada lelaki ataupun perempuan, oleh itu pasangan perlu memahami peranan mereka dengan perubahan di persekitaran mereka.
            “Masalah kewangan seringkali menjadi punca berlakunya perselisihan, di sinilah pentingnya perancangan kewangan yang baik.
            Ahmad Khairullizan Alias, 25, salah seorang peserta yang sudah berkahwin selama 4 tahun berkata program ini memberi banyak ilmu dan kemahiran berkaitan keibubapaan, hubungan suami isteri dan banyak lagi.
            “Saya berasa amat bertuah dapat hadir ke program ini bersama 3 lagi pasangan sepejabat di Pejabat Daerah Dungun setelah disyorkan oleh majikan. “Program kekeluargaan bukan hanya perlu untuk pasangan yang belum berkahwin sahaja, pasangan yang sudah berkahwin pun patut diberi pendedahan juga,” katanya.
            Nurul Nadiah Muhamad, 23, berkata masih ramai pasangan tidak mengetahui adanya program kekeluargaan untuk pasangan yang sudah berkahwin sebegini.
            “Penglibatan pemimpin masyarakat di peringkat kampung perlu untuk mewar-warkan maklumat ini supaya lebih ramai paeserta dapat menghadirkan diri,” katanya.
            Program Pasca Perkahwinan Keluargaku Tersayang anjuran YPK Terengganu yang berlangsung di Mayang Sari Resort Dungun telah dihadiri 60 orang peserta yang usia perkahwinan mereka di bawah 5 tahun.
            Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Dungun, Salbiah Ramli berkata program ini adalah salah satu dari program Institusi Keluarga yang dianjurankan YPK.
            “Kita juga mempunyai program Pasca Perkahwinan percuma untuk pasangan yang sudah berkahwin selama 3 hari 2 malam, dipanggil “Second Honeymoon”, peserta akan mendapat ilmu dan kemahiran kekeluargaan yang lebih komprehensif lagi. Yang terbaru kita mengadakan di Pulau Kapas dan penceramah yang dijemput terdiri daripada penceramah Pejabat Agama, Pejabat Pelajaran, LPPKN dan Pakar Klinikal dan Kesihatan, Datuk Dr. Wan Halim Othman.
            Beliau berharap orang ramai tidak melepaskan peluang ini yang diadakan 2 kali setahun di setiap kawasan parlimen. Orang ramai boleh datang ke pejabat YPK di setiap daerah ataupun pejabat agama untuk mendapat maklumat.
            “Selain itu kita juga telah memaklumkan program ini kepada Ketua-ketua Jabatan dan Pengerusi JKK di setiap kampung untuk disamapaikan kepada orang ramai,” kata beliau.
           



Warga ASDAF Bukit Payong hargai keprihatinan masyarakat

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Mayang Sari Resort dan Uitm Dungun memberi pengalaman berharga kepada pelajar
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail 
Dungun:            Penghuni asrama anak yatim ASDAF Bukit Payong berbesar hati dengan keprihatinan masyarakat kepada mereka terutama sekali dengan mengadakan majlis-majlis meraikan mereka di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.
            Wartawan Berita Harian menyelami perasaan mereka di bulan Syawal sebagai anak yatim di satu majlis Aidilfitri anjuran bersama pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Perbankan Uitm Cawangan Dungun dan Resort Mayang Sari Dungun. Majlis ini turut dihadiri Pengetua ASDAF, Mohd Rozaki Yusof, Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri, Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid dan Pengurus Operasi Mayang Sari Resort, Puan Rosnah Abd. Rahman. Sebanyak RM 2975 derma disampaikan kepada Mohd Rozaki Yusof pada malam tersebut hasil kerja keras pelajar tahun akhir Diplokma Perbankan Uitm Dungun menganjurkan tabung derma ASDAF di kampus pengajian. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid anak-anak yatim ASDAF yang digubahkhas oleh kakitangan ASDAF sendiri.
            Norsyahirah Chek, 13, seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapa semenjak berumur berumur 3 tahun berkata perasaan sedih dan pilu di bulan Syawal tanpa ibu dan bapa terubat apabila diraikan di majlis aidilfitri sebegini.
            Ditanya mengenai kehidupan di rumah anak yatim ASDAF, Norasyidah berkata mereka kehidupan disana bagaikan satu keluarga dan beliau berhasrat akan terus tinggal di ASDAF hingga menamatkan persekolahan menengah.
            “Kami sudah seperti adik beradik tinggal bersama-sama di asrama dan kami juga mempunyai ibu dan bapa angkat yang kami anggap seperti ibu dan bapa kandung kami sendiri dengan panggilan abah dan ma. Abah dan ma sering meluangkan masa untuk kami dan sekaligus menjadi tempat kami mengadu apabila mempunyai masalah,” katanya lagi.
            Manakala Mohamad Firdaus Mustafa, 14, yang kehilangan bapa semenjak berumur 5 tahun berkata semenjak bulan bulan Ramadhan lagi kami diraikan di majlis berbuka puasa dan di akhir Ramadhan sehingga ke hari ini kami diraikan dengan majilis Aidilfitri pula. Sedikit sebanyak ianya memberi semangat untuk kami di sini.
            “Insyaallah, saya akan mengguna sepenuhnya peluang tinggal di Asrama ASDAF untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan membalas jasa masyarakat yang telah banyak mengajar kami menjadi manusia berguna ,” katanya.
                        Puan Rosnah Abd. Rahman selaku Pengurus Operasi Mayang Sari Resort Dungun berharap program Tanggungjawab Sosial Korporat kerjasama pihak pengurusan Mayang Sari Resort dan pelajar Uitm ini akan terus berjalan dengan sempurna untuk tahun-tahun yang akan datang.
            Manakala Authur Peronae Jugah Kadir, Setiusaha Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini berpendapat selain memperolehi pengalaman sebenar bagaimana cara menganjurkan program CSR, pelajar juga dapat mengetahui kepentingan program Tanggungjawab Sosial Korporat kepada organisasi perniagaan dan masyarakat.
            Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid, Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri di dalam ucapannya di majlis tersebut menyebut aktiviti sebegini ini secara tidak langsung memberi pengalaman atau “softskill” kepada pelajar-pelajar terbabit mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat CSR. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kuliah ke dunia sebenar sebuah organisasi perniagaan
            Beliau juga menyarankan pelajar-pelajar Uitm supaya menganjurkan lebih banyak lagi program penglibatan dengan masyarakat dan industri, ianya akan dapat memberi pengalaman untuk memajukan diri menjadi lebih berdaya saing di alam pekerjaan nanti..
Kelulusan mendidirkan sembahyang Jumaat di Masjid ditunggu penduduk
Dungun:      Sebuah masjid di Kg Sura Jetty berdekatan dengan Bandar Dungun yang sudah hampir setahun digunakan menimbulkan kegusaran banyak pihak terutama sekali penduduk sekitar dan ahli qariah masjid kerana masih belum mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat. Masjid yang sentiasa dikunjungi setiap kali masuk waktu solat ini akan sunyi apabila waktu solat Jumaat tiba.
              Seorang ahli jemaah masjid berkenaan berkata, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu tidak memberi kebenaran menirikan solat jumaat dengan alasan nama masjid tersebut iaitu ‘Masjid Biru’ menimbulkan sentiment kepada masyarkat di sini.
             “Sebenarnya penggunaan nama ‘biru’ ini tidak menimbulkan sentiment pun kepada masyarakat disini. Jika benar sentiment wujud sudah tentu tidak ramai pengunjung hadir ke masjid ini,”



Tun Dr M di Uitm - Ketuanan Melayu dari minda Tun








KEMELUT PEMBINAAN VELODROOM DI SURA HUJUNG DUNGUN
Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Sura Lapangan Terbang, Muhamad Jusoh berkata dakwaan yang mengatakan penduduk akan mengadakan mengadakan demonstrasi adalah tidak benar sebagaimana yang dilaporkan akhbar semalam.

“Pihak kami tidak pernah berhasrat ingin mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kemudahan tersebut sebagaimana yang di war-warkan dalam akhbar sebelum ini, malah berhasrat menyerah memorandam bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Beliau yang memegang jawatan JKKK kampung semenjak setahun yang lalu berkata penduduk kampung mengalu-alukan pembinaan velodrom oleh pihak kerajaan di Dungun namun bukanlah di Kampung Sura Hujung oleh kerana kawasan lapang di Sura Lapangan Terbang amat terhad.

Katanya, beliau yang mewakili 4000 penuduk dan 1300 keluarga mempertahankan padang tersebut memandangkan itulah satu-satunya padang bola sepak yang dimiliki oleh sekian ramai penduduk di kampung ini dan ketiadaan tempat ganti jika velodrom dibina di situ.

Menurut beliau lagi, penduduk kampung masih kekurangan TADIKA dan dewan orang ramai yang patut diberi keutamaan berbanding pembinaan velodrom dan dengan pembinaan velodrom di padang tersebut sebarang acara rasmi penduduk kampung bagi mengadakan perhimpunan besar sudah tiada.

Tinjauan Edisi Timur di padang berkenaan petang Isnin (semalam) mendapati beberapa orang pekerja Majlis Perbandaran Dungun merombak khemah yang dipasang pada hari Khamis yang lalu bagi menyambut ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Mohd Sabree Cheek bagi melaksanakan upacara perasmian pecah tanah Sabtu lalu.

Penduduk, Zakaria Husin, 40, pula berpendapat perancangan pembinaan tersebut adalah suatu perancangan yang positif terutama termasuklah dari segi ekonomi penduduk tempatan.

“Dengan adanya velodrom dibina ditempat tersebut sudah tentu kawasan disekitar akan menjadi tumpuan orang ramai yang secara tidak langsung dapat membuka pintu rezeki kepada peniaga-peniaga kedai makan, perhotelan dan sebagainya.

Beliau berkata, pembinaan tersebut juga dapat memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menjinakkan diri dengan sukan lumba basikal dan seterusnya lahir dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tersebut yang berkemungkinan besar akan mencapai taraf antarabangsa.

Penduduk, Razulddin Mustaffa, 37, berkata, sebagai anak jati kampung berkenaan, saya juga akan berasa bangga kerana suatu hari nanti nama kampung saya akan terpahat dalam arena perlumbaan basikal kerana memiliki sebuah mini stadium yang difahamkan akan turut dilengkapi dengan berbagai lagi prasarana termasuklah mini muzium sukan.

“Adalah satu kerugian yang besar jika peluang untuk memiliki sebuah kemudahan sukan yang mungkin bakal merubah kampung ini menjadi sebuah perkampungan dilepaskan sebegitu rupa dan diadakan di tempat yang lain.

Dato’ Dr. Rosli Mat Hassan, Ketua Umno bahagian Dungun, berkata beliau akan terus berikhtiar untuk memastikan pembinaan Voledrom tetap diadakan di daerah Dungun sekiranya pembinaan di tapak yang dirancang di Sura Hujung dibatalkan.

Usaha Edisi Timur untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembinaan tersebut gagal, Pegawai daerah enggan mengulas memandangkan baharu memulakan tugas di Pejabat daerah Dungun bermula semalam. end